Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 · Updated to 1 Jul 2024 · Bahagian V · Kesalahan
16. Kesalahan memiliki perakuan pelantikan
Feedback & support(1)
Seseorang, yang bukan seorang anggota RELA, tidak boleh mempunyai dalam milikannya suatu perakuan pelantikan yang dikeluarkan kepada mana-mana orang di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pasukan Sukarelawan Malaysia 13