Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian II · Penubuhan dan Pelantikan Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela)

4. Pelantikan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan pegawai lain

Feedback & support
(1)

Menteri boleh melantik, daripada kalangan anggota perkhidmatan awam, seorang Ketua Pengarah RELA yang hendaklah tertakluk pada kawalan dan arahan Menteri.

(2)

Menteri boleh melantik, daripada kalangan anggota perkhidmatan awam, apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah

RELA dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.

(3)

Semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (2) dan anggota RELA yang didaftarkan di bawah Akta ini adalah tertakluk pada perintah, kawalan dan arahan Ketua Pengarah.

(4)

Ketua Pengarah boleh secara bertulis, tertakluk pada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, mewakilkan segala atau mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah

Akta ini kepada Timbalan Ketua Pengarah RELA atau kepada pegawai RELA.

Report

Bahagian III

Tugas dan Kuasa Rela

Bahagian IV

Anggota Rela dan Pendaftaran

Bahagian V

Kesalahan

Bahagian VI

Schedules