Akta Pekerja Gig 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VIII · Perlindungan Keselamatan Sosial
82. Hak pekerja gig di bawah Bahagian ini
Feedback & supportBagi maksud Bahagian ini, pekerja gig hendaklah mempunyai hak—
(a)
bagi pemotongan caruman keselamatan sosial daripada pendapatan yang kena dibayar kepada pekerja gig, dibuat oleh entiti kontrak bagi pihak pekerja gig kepada
Pertubuhan; dan
(b)
untuk mempunyai akses kepada pemotongan caruman keselamatan sosial itu dalam sistem pengantara digital yang dibangunkan oleh entiti kontrak.