Seksyen 84
Liabiliti entiti kontrak
Jika Pertubuhan berpuas hati bahawa terdapat perbuatan atau peninggalan yang curang dalam pendaftaran atau pembayaran caruman pekerja gig, sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh entiti kontrak atau mana-mana pihak ketiga, apa-apa tunggakan pembayaran caruman atau potongan pendapatan pekerja gig, hendaklah dibayar oleh entiti kontrak kepada Pertubuhan.
Pekerja Gig 51
(2)
Jika entiti kontrak atau mana-mana pihak ketiga yang terlibat memberikan apa-apa faedah atau membuat apa-apa pembayaran di bawah skim caruman keselamatan sosial yang ditadbir oleh
Pertubuhan kepada mana-mana pekerja gig dalam hal keadaan pekerja gig itu tidak berhak untuk menerimanya di bawah skim keselamatan sosial, entiti kontrak atau pihak ketiga itu hendaklah bertanggungan untuk membayar balik kepada Pertubuhan nilai faedah atau amaun pembayaran itu.
(3)
Sekiranya entiti kontrak atau pihak ketiga itu tidak dapat membayar nilai faedah atau amaun pembayaran itu di bawah subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, wakilnya hendaklah bertanggungan untuk membayar balik nilai faedah atau amaun pembayaran itu, jika berkaitan.
(4)
Nilai atau amaun yang kena dibayar di bawah seksyen ini boleh didapatkan semula sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Pertubuhan.