Seksyen 87
Seksyen 87
Apabila seseorang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan di bawah perenggan 86(a) atau (b), mahkamah yang mendapati orang itu bersalah hendaklah memerintahkan orang itu membayar kepada Pertubuhan amaun apa-apa caruman atau potongan caruman, bersama dengan apa-apa faedah yang dikreditkan kepadanya, yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan dan diperakukan oleh pegawai diberi kuasa Pertubuhan sebagai kena dibayar oleh orang itu sebelum tarikh dia didapati bersalah, dan perakuan pegawai diberi kuasa itu hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi amaun yang genap masa dan kena dibayar itu.
(2)
Caruman atau potongan caruman itu hendaklah boleh didapatkan semula mengikut cara yang sama sebagaimana, dan boleh dirayukan seolah-olah ia adalah, suatu perintah bagi bayaran pampasan di bawah seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah, melainkan jika mahkamah mengarahkan supaya pembayaran jumlah wang itu dibuat secara ansuran, mahkamah hendaklah mengarahkan supaya jumlah wang itu dibayar dengan tidak lebih daripada enam ansuran dalam tempoh enam bulan.
Pekerja Gig 53
(3)
Apabila mana-mana orang didapati bersalah atas kesalahan di bawah perenggan 86(c) berkenaan dengan pengemukaan penyata, rekod atau apa-apa dokumen, mahkamah yang mendapati orang itu bersalah hendaklah memerintahkan orang itu mengemukakan penyata, rekod atau dokumen yang dikehendaki itu dalam masa yang ditentukan oleh mahkamah.