Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2006Read it in English

Bahagian V · Pentauliahan

24. Permohonan bagi pentauliahan

Feedback & support
(1)

Permohonan daripada mana-mana penyedia latihan kemahiran bagi pentauliahan program latihan hendaklah dibuat kepada Ketua

Pengarah mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan.

(2)

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi sebagaimana yang ditetapkan oleh

Menteri.

(3)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan pentauliahan dan sebelum menentukannya, Ketua Pengarah boleh, melalui notis bertulis menghendaki penyedia latihan kemahiran untuk memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditentukan.

20

Undang-Undang Malaysia

(4)

Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh penyedia latihan kemahiran dalam tempoh yang ditentukan atau apa-apa tempoh lanjutan, sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan, tetapi suatu permohonan baru boleh dibuat oleh penyedia latihan kemahiran.

(5)

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai daripada jabatan yang bertanggungjawab bagi pembangunan kemahiran hendaklah pada bila-bila masa yang munasabah memeriksa premis penyedia latihan kemahiran untuk menentusahkan kesahan permohonan.

Report

Bahagian VI

Rayuan

Bahagian VII

Sijil dan Pengiktirafan

Bahagian VIII

Pemeriksaan Penyedia Latihan Kemahiran

Bahagian IX

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XI

Bahagian XII

Peruntukan Peralihan dan Kecualian