Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 · Updated to 1 Jul 2006 · Bahagian V · Pentauliahan
27. Permohonan bagi pembaharuan pentauliahan
Feedback & supportPermohonan untuk pembaharuan pentauliahan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah sekurang-kurangnya tiga bulan, tetapi tidak lebih daripada enam bulan, sebelum tarikh tamat
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 21
pentauliahannya dan apa-apa permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Menteri.
Setelah permohonan untuk pembaharuan pentauliahan dipertimbangkan, Ketua Pengarah boleh—
melulus permohonan itu dan mengeluarkan suatu sijil pentauliahan kepada penyedia latihan kemahiran bagi suatu tempoh lanjutan selama tiga tahun; atau
menolak permohonan itu, dengan menyatakan sebab-sebab penolakan.