Mineral Development Act 1994 · Updated to 1 Jan 2013 · Bab 3 · Kesalahan dan Penalti
Mineral Development Act 1994 · Updated to 1 Jan 2013 · Bab 3 · Kesalahan dan Penalti
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang dengan sengaja merosakkan mana-mana lubang lombong, aras, kekolong atau korekan yang telah ditinggalkan
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
atau menjadikannya tidak berguna oleh pemindahan apa-apa kayu, pagar, selongsong, lapisan, tangga, pelantar atau perkakas lain yang disediakan dalam atau dekat dengannya atau memindahkan mana-mana bahagian timbunan atau lambakan di mulut mana-mana lubang lombong sehingga mengurangkan atau memusnahkan kegunaannya bagi melindungi orang atau haiwan daripada terjatuh ke dalam lubang lombong itu adalah melakukan suatu kesalahan.
Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini untuk memperbaiki atau menggantikan atas perbelanjaannya sendiri mana-mana kayu, pagar, selongsong, lapisan, tangga, pelantar, perkakas, timbunan atau lambakan yang telah dirosakkan atau dipindahkan itu.
Bab 4
Bahagian VI
Bahagian VII