Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bab 3 · Kesalahan dan Penalti

55. Pengkompaunan kesalahan

(1)

Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini, yang ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaun, dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua

Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah apa-apa amaun tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh

Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1)—

(a)

tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan kesalahan itu dibuat; dan 46 Undang-Undang Malaysia AKTA 525

(b)

apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan dengan serta-merta.

(4)

Kuasa untuk mengkompaunkan kesalahan di bawah subseksyen

(1)

hendaklah dijalankan sendiri oleh Ketua Pengarah atau Timbalan

Ketua Pengarah.

Report

Bab 4

Am

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Peraturan-Peraturan

Bahagian VIII