Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bab 3 · Kesalahan dan Penalti

52. Kesalahan yang dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmat

Mana-mana orang yang akan boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan sekiranya perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan atau peninggalan perkara itu.

Report