Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelbagai

59. Larangan penyalahgunaan maklumat yang didapati atas sifat rasmi

(1)

Mana-mana pegawai galian yang bertanggungjawab bagi pentadbiran Akta ini yang mempunyai apa-apa maklumat yang jika diketahui secara umum mungkin semunasabahnya dijangkakan akan menyentuh secara material sesuatu aktiviti penjelajahan atau perlombongan yang—

(a)

dipegangnya oleh sebab sifat rasminya atau sifat rasminya yang dahulu; dan

(b)

adalah munasabah untuk menjangka tidak akan didedahkan oleh seseorang yang mempunyai atau pernah mempunyai sifat rasminya itu melainkan bagi pelaksanaan sepatutnya fungsi yang bersangkutan dengan sifat rasmi itu, tidak boleh menggunakan maklumat sedemikian dengan cara tidak patut untuk memperoleh, secara langsung atau tidak langsung, manfaat bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.

Report