Mineral Development Act 1994 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VI · Pelbagai
Mineral Development Act 1994 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiap-tiap pegawai galian yang diberi kuasa untuk bertindak di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, menyatakan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya pegawai galian itu bertindak atau yang daripadanya pegawai galian itu meminta apa-apa maklumat kad kuasanya yang dikeluarkan secara rasmi kepadanya oleh Ketua Pengarah.
Mana-mana orang boleh enggan mematuhi apa-apa permintaan, kehendak atau perintah mana-mana pegawai galian yang bertindak di bawah Akta ini jika pegawai galian itu enggan menyatakan jawatannya dan mengemukakan kad kuasanya apabila diminta oleh orang itu.
Pembangunan Mineral 49
Bahagian VII