Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelbagai

62. Penyampaian notis

(1)

Apa-apa notis yang dikehendaki diberikan atau disampaikan di bawah Akta ini boleh, melainkan jika apa-apa cara penyampaian yang lain ditetapkan, dihantar melalui pos berdaftar kepada orang yang terjejas olehnya.

(2)

Jika sesuatu notis disampaikan melalui pos berdaftar, ia hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan pada hari yang berikutan hari notis itu sepatutnya diterima, dalam penjalanan biasa pos, jika notis itu dialamatkan —

(a)

dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia, kepada pejabat berdaftar syarikat itu;

(b)

dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di luar

Malaysia, sama ada kepada individu yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian proses di bawah Akta

Syarikat 1965 [Akta 125], di alamat yang difailkan dengan

Pendaftar Syarikat atau kepada pejabat berdaftar syarikat itu, di mana ia terletak;

(c)

dalam hal seorang individu atau kumpulan orang, kepada alamat perniagaan atau alamat persendirian individu atau kumpulan orang itu yang terakhir diketahui.

(3)

Jika seseorang yang padanya dialamatkan surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah Akta ini diberitahu tentang hakikat bahawa adanya surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau mengabaikan untuk mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 525

sebagai telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang dia dimaklumkan sedemikian.

Report

Bahagian VII

Peraturan-Peraturan

Bahagian VIII