Seksyen 41
of Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025
Seksyen 41
Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai
“Kumpulan Wang Pengawasan Pasca-Penutupan” ditubuhkan dan hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Agensi.
(2)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh
Kerajaan bagi maksud Akta ini;
30
Undang-Undang Malaysia
Akta 870
(b)
apa-apa levi suntikan yang dibuat oleh pengendali luar pesisir kepada Agensi bagi maksud mengadakan sokongan kewangan kepada Kerajaan untuk menampung apa-apa kos yang terlibat dalam pemantauan jangka panjang, langkah pembetulan dan langkah pemulihan bagi tapak penyimpanan selepas pemindahan tanggungjawab menurut seksyen 32 atau 40, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah berlaku; dan
(c)
semua wang yang diperoleh daripada pelaburan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang termasuk pendapatan faedah.