Skip to content

Seksyen 44

Akaun dan laporan

of Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025

ActIn forceProvision 44 of 53
Seksyen 44
(1)

Agensi hendaklah menyebabkan supaya akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan aktivitinya disimpan dan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—

(a)

suatu penyata akaun yang hendaklah termasuk kunci kira-kira dan akaun sumbangan dan perbelanjaan; dan

(b)

suatu pernyataan mengenai aktivitinya berkenaan dengan

Kumpulan Wang itu.

(2)

Agensi hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri, dan Menteri hendaklah menyebabkan penyata akaun dan laporan juruaudit itu dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen.

32

Undang-Undang Malaysia

Akta 870