Skip to content

Seksyen 42

Perbelanjaan yang boleh dikenakan kepada Kumpulan Wang

of Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025

ActIn forceProvision 42 of 53
Seksyen 42
(1)

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan hanya bagi maksud menampung kos yang perlu ditanggung oleh Kerajaan bagi pengawasan jangka panjang tapak penyimpanan selepas pemindahan tanggungjawab menurut seksyen 32 atau 40, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah berlaku, termasuk—

(a)

memenuhi apa-apa obligasi yang diambil alih oleh

Kerajaan menurut pemindahan tanggungjawab di bawah seksyen 32 atau 40;

(b)

pemantauan jangka panjang bagi karbon dioksida yang disimpan di dalam suatu tapak penyimpanan untuk memastikan bahawa karbon dioksida itu disimpan dengan selamat dan kekal; dan

(c)

menjalankan apa-apa langkah pembetulan atau langkah pemulihan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), semua wang yang diperoleh daripada pelaburan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang yang disebut dalam perenggan 41(2)(c) juga boleh dibelanjakan bagi maksud menggalakkan pembangunan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon di Malaysia secara amnya.

Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

Karbon 31