Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 · Updated to 1 Aug 2025 · Bahagian VIII · Kumpulan Wang Pengawasan Pasca-Penutupan
43. Kuasa untuk melabur
Feedback & supportWang dalam Kumpulan Wang boleh, setakat yang tidak dikehendaki atau tidak dengan serta-merta dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Agensi bagi maksud subseksyen 42(1), dilaburkan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan dan mendapat kelulusan
Menteri Kewangan.
Agensi hendaklah membuka dan menyenggara suatu akaun atau akaun-akaun untuk memegang wang dalam Kumpulan Wang dengan mana-mana bank atau bank-bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Agensi, selepas berunding dengan
Menteri dan Menteri Kewangan, dan tiap-tiap akaun itu hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dibenarkan oleh Agensi bagi maksud itu.