Skip to content
In forceUpdated to 26 Dec 2012Read it in English

Act of Parliament

Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012

Feedback & supportTransferring prisoners to and from the country

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemindahan Antarabangsa

Banduan 2012.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pemakaian

Akta ini terpakai bagi banduan yang dihukum oleh mahkamah yang ditubuhkan oleh atau di bawah Bahagian IX Perlembagaan

Persekutuan atau seksyen 3 Akta Mahkamah Rendah 1948

[Akta 92], atau oleh mahkamah Negara asing yang ditetapkan yang mempunyai bidang kuasa yang serupa.

Undang-Undang Malaysia 6

s 3Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“banduan” ertinya seseorang yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan atau berada dalam tahanan di penjara menurut perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah, termasuklah—

(a)

banduan yang dilepaskan dengan parol; dan

(b)

orang sedemikian yang di bawah umur lapan belas tahun;

“Komisioner Jeneral Penjara” ertinya Komisioner Jeneral Penjara yang dilantik di bawah subseksyen 10(1) Akta Penjara 1995 [Akta 537];

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penjara dan banduan;

“Negara asing yang ditetapkan” ertinya Negara asing yang diisytiharkan oleh Menteri, melalui perintah yang dibuat di bawah seksyen 4, sebagai Negara asing yang ditetapkan;

“pihak berkuasa berkenaan” ertinya seseorang atau pihak berkuasa di mana-mana Negara asing yang ditetapkan yang

Menteri berpuas hati ia diberikan kuasa di bawah undang-undang

Negara asing yang ditetapkan itu sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pemindahan banduan ke dan dari Negara itu.

(1)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan suatu Negara asing sebagai Negara asing yang ditetapkan jika terdapat suatu triti atau perjanjian lain yang berkuat kuasa antara Malaysia dan Negara asing itu, yang di bawahnya

Negara asing itu telah bersetuju untuk mengadakan peruntukan tentang pemindahan banduan ke dan dari Malaysia.

(2)

Perintah di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Negara asing itu tertakluk kepada apa-apa sekatan, had, kecualian, ubah suaian, penyesuaian, syarat atau batasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan dalam keadaan itu peruntukan Akta ini hendaklah terpakai dengan sewajarnya.

Pemindahan Antarabangsa Banduan 7

(3)

Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa triti atau perjanjian lain yang disebut dalam perintah itu mematuhi Akta ini, dan bahawa

Akta ini adalah terpakai bagi Negara asing yang ditetapkan yang disebut dalam perintah itu.

(4)

Kesahan perintah yang dibuat di bawah seksyen ini tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana prosiding undang-undang.

(5)

Menteri boleh melalui suatu perintah kemudiannya mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang dibuat sebelum ini di bawah seksyen ini.

Bahagian II

Pemindahan

Bahagian III

Pemindahan Dari Malaysia

Bahagian IV

Pemindahan ke Malaysia

Bahagian V

Pengubahan dan Pembatalan Waran

Bahagian VI

Penguatkuasaan Hukuman

Bahagian VII