Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

25. “Pengkompaunan kesalahan

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah secara bertulis boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila

Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

(Pindaan)

11

masa sebelum sesuatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang telah ditetapkan oleh peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah—

(a)

dalam hal seseorang itu merupakan seorang individu, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima ribu ringgit; atau

(b)

dalam hal sesuatu pertubuhan perbadanan, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.”.

Report