Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IV · Anak Kapal bagi Kapal Layar

49A. Pembayaran upah anak kapal

Feedback & support
(1)

Jika seorang anak kapal sesuatu kapal layar Langkawi yang diambil kerja di bawah suatu perjanjian anak kapal dilepaskan, upah yang genap masa untuk dibayar kepadanya di bawah perjanjian itu hendaklah dibayar kepadanya dengan penuh pada masa dia dilepaskan.

(2)

Jika apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada seorang anak kapal tidak dibayar mengikut subseksyen (1), anak kapal itu

Undang-Undang Malaysia

AKTA 630 40

berhak atas upah itu pada kadar yang terakhirnya kena dibayar di bawah perjanjian anak kapal bagi tiap-tiap hari yang upah itu tetap tidak dibayar bagi tempoh lima puluh enam hari berikutan masa pelepasan itu; dan jika apa-apa jumlah yang kena dibayar menurut kuasa subseksyen ini tetap tidak dibayar selepas tamat tempoh itu, jumlah itu akan membawa bunga pada kadar dua puluh peratus setahun.

(3)

Subseksyen (2) tidak terpakai jika kegagalan untuk membayar upah disebabkan oleh—

(a)

suatu pertikaian yang munasabah berkenaan dengan liabiliti;

(b)

perbuatan atau keingkaran anak kapal; atau

(c)

apa-apa sebab yang lain, yang bukan perbuatan salah atau keingkaran orang yang bertanggungjawab untuk membayar upah anak kapal itu atau pekhidmat atau ejennya.

Report

Bahagian V

Pemindahan Fungsi

Bahagian VI

Penyiasatan

Bahagian VII