Seksyen 54
Buku pelepasan
of Akta Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003
ActIn forceProvision 40 of 46
Seksyen 54
(1)
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan kepada seorang anak kapal yang diambil kerja atau telah bekerja di atas suatu kapal layar Langkawi sesuatu buku pelepasan yang mengandungi butir yang ditetapkan, termasuk butir berkenaan dengan pemegang buku pelepasan itu.
(2)
Ketua Pengarah boleh menghendaki anak kapal untuk memohon bagi suatu buku pelepasan dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.
(3)
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan semula atau menarik balik sesuatu buku pelepasan.