Akta Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Anak Kapal bagi Kapal Layar
49B. Akaun upah
Feedback & support(1)
Nakhoda tiap-tiap kapal layar Langkawi hendaklah menyerahkan kepada tiap-tiap anak kapal yang diambil kerja di atas kapal layar itu di bawah suatu perjanjian anak kapal suatu akaun upah yang genap masa untuk dibayar kepadanya di bawah perjanjian anak kapal itu dan potongan yang tertakluk kepadanya upah itu kena dibayar.
(2)
Akaun itu hendaklah diserahkan tidak lewat dari dua puluh empat jam sebelum masa pelepasan anak kapal itu atau, jika dia dilepaskan tanpa notis atau dengan notis yang kurang dari dua puluh empat jam, pada masa dia dilepaskan.