Skip to content

Seksyen 50

Perlindungan hak dan remedi tertentu

of Akta Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003

ActIn forceProvision 36 of 46
Seksyen 50

(1)

Lien anak kapal, remedinya untuk mendapatkan upahnya, haknya untuk mendapat upah dalam hal kapal layar Langkawi itu yang di atasnya dia bekerja, karam atau hilang, dan apa-apa hak yang mungkin ada padanya atau boleh didapati olehnya dalam bentuk salvaj tidak boleh ditolak dengan apa-apa perjanjian.

(2)

Subseksyen (1) tidak menyentuh terma apa-apa perjanjian yang dibuat dengan nakhoda atau anak kapal yang di atas suatu kapal layar Langkawi yang diambil kerja untuk perkhidmatan salvaj,

Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 41

jika terma perjanjian itu membuat peruntukan bagi saraan yang hendaklah dibayar kepada nakhoda atau anak kapal itu untuk perkhidmatan salvaj yang diberikan oleh kapal layar itu.