Akta Pendidikan 1996 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian XII · Rayuan
Akta Pendidikan 1996 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian XII · Rayuan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apabila rayuan dibuat kepada Menteri terhadap keputusan
Ketua Pendaftar, Menteri, melainkan jika dia membenarkan rayuan itu dengan segera, hendaklah membentuk suatu Jawatankuasa Siasatan yang terdiri daripada orang yang difikirkannya layak untuk menyiasat fakta dan mengemukakan laporan tentang fakta itu kepadanya.
Selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1), Menteri hendaklah memutuskan perkara rayuan itu dan membuat apa-apa perintah tentangnya sebagaimana yang difikirkannya wajar dan patut.
Keputusan
Menteri mengenai sesuatu rayuan adalah muktamad.
Bahagian XIII
Bahagian XIV
Bahagian XV
Bahagian XVI
Bahagian VI
Bahagian IX