Malaysia legislation
Section 132
Seksyen 132
(2)
Seseorang yang—
(a)
apabila membuat permohonan di bawah Akta ini bagi pendaftaran sesuatu institusi pendidikan, atau bagi pendaftaran sebagai pengelola atau pekerja, atau selainnya bagi maksud mendorong
Ketua
Pendaftar untuk menjalankan atau tidak menjalankan kuasanya di bawah
90 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Akta ini, membuat apa-apa pernyataan yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar atau dengan sengaja mendiamkan apa-apa fakta material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan;
(b)
menghalang atau menggendalakan Ketua Pendaftar, pegawai awam atau pegawai polis dalam menjalankan kuasa yang diberikan kepada pegawai itu di bawah seksyen 100, 101 atau 102;
(c)
enggan mengemukakan apa-apa buku, dokumen atau barang, atau enggan memberikan maklumat dengan melanggar subseksyen 100(2) atau memberikan apa-apa maklumat yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar;
(d)
sebagai pengerusi lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan melanggar subseksyen 94(1);
(e)
sebagai orang yang hendaklah didaftarkan sebagai pengelola atau pekerja di bawah seksyen 88 bertindak sebagai pengelola atau pekerja tanpa didaftarkan sedemikian;
(f)
sebagai pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang bertindak sebagai pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan, atau sebagai pekerja institusi pendidikan itu tanpa didaftarkan di bawah Akta ini;
(g)
bertindak sebagai pengelola atau pekerja di institusi pendidikan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini; atau
(h)
sebagai pengerusi lembaga pengelola atau pengelola atau orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan telah tidak menghalang institusi pendidikan itu daripada digunakan bagi apa-apa kegiatan atau maksud yang menyalahi undang-undang, atau bagi
Pendidikan 91
apa-apa kegiatan atau maksud suatu organisasi, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain yang menyalahi undang-undang, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(3)
Seseorang yang—
(a)
sebagai pengerusi lembaga pengelola atau sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan tidak menyebabkan salinan perakuan pendaftaran institusi pendidikan itu dipamerkan mengikut subseksyen 82(2);
(b)
tidak menyerahkan balik kepada Ketua Pendaftar mana-mana perakuan pendaftaran atau surat cara pengelolaan di bawah subseksyen 87(5) atau 97(1);
(c)
sebagai pengerusi lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan melanggar subseksyen 94(1); atau
(d)
sebagai pemunya atau penghuni mana-mana premis dan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa premis itu atau sebahagian daripadanya digunakan sebagai institusi pendidikan yang dikehendaki didaftarkan di bawah Akta ini tetapi tidak didaftarkan sedemikian, telah tidak mengambil langkah yang munasabah untuk menghalang penggunaan sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
92 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan pendaftaran guru