Akta Pendidikan 1996 · Updated to 1 Jul 2020 · Bab 2 · Pembatalan Pendaftaran
87. Section 87
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
(1)
Ketua Pendaftar boleh menyampaikan notis kepada pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan tentang niat untuk membatalkan pendaftaran institusi pendidikan itu jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat sedemikian berdasarkan mana-mana alasan yang berikut:
alasan yang dinyatakan dalam perenggan 84(a);
bahawa disiplin di institusi pendidikan itu tidak dijaga dengan secukupnya;
bahawa pendaftaran institusi pendidikan itu diperoleh oleh sebab kesilapan atau apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan;
bahawa pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu telah membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan suatu butir yang material pada mempromosi institusi pendidikan itu;
bahawa terdapat pelanggaran mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 79(3);
bahawa lembaga pengelola institusi pendidikan itu tidak ada pengerusi, atau bahawa orang yang dilantik menjadi pengerusi lembaga pengelola atau menjadi guru besar bukanlah orang yang layak dan sesuai atau bertanggungjawab untuk bertindak sebagai pengerusi atau guru besar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pendidikan 65
Ketua Pendaftar boleh bertindak di bawah subseksyen (1) jika dia ada sebab untuk mempercayai bahawa suatu institusi pendidikan berdaftar tidak lagi wujud.
Notis tentang niat untuk membatalkan pendaftaran sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan alasan yang berasaskannya pendaftaran dicadangkan dibatalkan.
Jika notis di bawah subseksyen (1) telah disampaikan kepada orang yang disebut dalam subseksyen itu, dia boleh dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu disampaikan kepadanya merayu kepada Menteri.
Jika tiada rayuan dibuat di bawah subseksyen (4), atau jika suatu rayuan telah dibuat tetapi ditolak, Ketua Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran institusi pendidikan itu dengan serta-merta;
dan dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh pembatalan itu, pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu hendaklah menyerahkan balik perakuan pendaftaran institusi pendidikan itu dan surat cara pengelolaannya kepada Ketua Pendaftar, dan pengerusi dan pengelola serta tiap-tiap pekerja institusi pendidikan itu hendaklah menyerahkan balik perakuan pendaftaran mereka yang dikeluarkan di bawah Akta ini kepada Ketua Pendaftar.
Bab 3
Pendaftaran Pengelola dan Pekerja
Bab 4
Pendaftaran Murid
Bab 5
Pemeriksaan Institusi Pendidikan oleh
Bahagian IX
Pendaftaran Guru
Bab 1
Pendaftaran Guru
Bab 2
Permit Mengajar
Bab 3
Pelbagai
Bahagian X
Jemaah Nazir Sekolah
Bab 1
Jemaah Nazir
Bab 2
Am
Bahagian XI
Kewangan
Bahagian XII
Rayuan
Bahagian XIII
Peraturan-Peraturan
Bahagian XIV
Kesalahan dan Penalti
Bahagian XV
Pelbagai
Bahagian XVI
Peralihan dan Pemansuhan
Bahagian VI
Bahagian VI Akta Pelajaran 1961 melalui seksyen 128
Bahagian IX