Akta Pendidikan 1996 · Updated to 1 Jul 2020 · Bab 11 · Pengurusan Institusi Pendidikan
59. Pembubaran lembaga pengelola institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh, selepas memberikan lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan peluang untuk membuat representasi mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, melalui notis secara bertulis yang dialamatkan dan disampaikan kepada pengerusi lembaga itu memerintahkan supaya lembaga itu dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa lembaga itu—
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 550
telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
telah melanggar mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh
Menteri di bawah seksyen 9;
telah melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 82(3);
telah tidak mematuhi atau melaksanakan mana-mana peruntukan surat cara pengelolaan institusi pendidikan itu;
telah tidak menghalang institusi pendidikan itu daripada digunakan bagi maksud yang memudaratkan kepentingan
Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau yang berlawanan dengan kepentingan awam; atau
telah tidak menghalang institusi pendidikan itu daripada digunakan bagi apa-apa kegiatan atau maksud yang menyalahi undang-undang, atau bagi apa-apa kegiatan atau maksud sesuatu organisasi, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain yang menyalahi undang-undang.
Jika Menteri membubarkan sesuatu lembaga di bawah subseksyen (1), dia hendaklah menyatakan dalam notis itu alasan bagi pembubaran itu dan tarikh pembubaran itu hendaklah berkuat kuasa.
Bab 12
Penyediaan Kemudahan dan
Bahagian V
Penilaian dan Peperiksaan
Bahagian VI
Pendidikan Tinggi
Bahagian VII
Institusi Pendidikan Swasta
Bahagian VIII
Pendaftaran Institusi Pendidikan
Bab 1
Pendaftaran Institusi Pendidikan
Bab 2
Pembatalan Pendaftaran
Bab 3
Pendaftaran Pengelola dan Pekerja
Bab 4
Pendaftaran Murid
Bab 5
Pemeriksaan Institusi Pendidikan oleh
Bahagian IX
Pendaftaran Guru
Bab 1
Pendaftaran Guru
Bab 2
Permit Mengajar
Bab 3
Pelbagai
Bahagian X
Jemaah Nazir Sekolah
Bab 1
Jemaah Nazir
Bab 2
Am
Bahagian XI
Kewangan
Bahagian XII
Rayuan
Bahagian XIII
Peraturan-Peraturan
Bahagian XIV
Kesalahan dan Penalti
Bahagian XV
Pelbagai
Bahagian XVI
Peralihan dan Pemansuhan
Bahagian VI
Bahagian VI Akta Pelajaran 1961 melalui seksyen 128
Bahagian IX