Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2020Read it in English
Contents

Bahagian V · Penilaian dan Peperiksaan

69. Larangan tentang pengendalian peperiksaan

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (4), tiada seorang pun atau tiada suatu institusi pendidikan pun boleh mengendalikan, membenarkan atau menyebabkan diadakan atau dikendalikan, atau dengan apa-apa cara terlibat dalam pengadaan atau pengendalian, apa-apa peperiksaan bagi mana-mana murid institusi pendidikan atau bagi mana-mana calon persendirian tanpa mendapatkan kelulusan bertulis

Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.

(2)

Dalam memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1),

Pengarah Peperiksaan boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(3)

Sebutan dalam seksyen ini mengenai pengadaan atau pengendalian peperiksaan hendaklah disifatkan termasuk perbuatan—

(a)

mempelawa calon untuk mengambil peperiksaan;

(b)

memungut atau menerima apa-apa fi atau bayaran atau apa-apa derma atau hadiah berkenaan dengan sesuatu peperiksaan;

(c)

menyediakan apa-apa sukatan pelajaran, kursus atau skim pengajian berkenaan dengan sesuatu peperiksaan;

(d)

memeriksa atau menggred jawapan atau respons kepada soalan atau ujian dalam sesuatu peperiksaan;

(e)

mengeluarkan atau menganugerahkan apa-apa diploma atau dokumen lain atau pengiktirafan dalam bentuk lain berkenaan dengan sesuatu peperiksaan, dan apa-apa perbuatan lain yang berhubungan dengan pengadaan atau pengendalian sesuatu peperiksaan, tidak kira sama ada perbuatan itu dilakukan sebelum atau selepas peperiksaan.

(4)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 550

(a)

badan atau lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan dan mengendalikan peperiksaan di bawah perenggan 68(e);

(b)

Majlis Peperiksaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah

Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225]; dan

(c)

sesuatu institusi pendidikan yang mengendalikan peperiksaan, ujian atau dalam bentuk penilaian lain bagi maksud menilai muridnya sendiri.

(5)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana sekatan, terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Pendidikan Tinggi

Bahagian VII

Institusi Pendidikan Swasta

Bahagian VIII

Pendaftaran Institusi Pendidikan

Bab 1

Pendaftaran Institusi Pendidikan

Bab 2

Pembatalan Pendaftaran

Bab 3

Pendaftaran Pengelola dan Pekerja

Bab 4

Pendaftaran Murid

Bab 5

Pemeriksaan Institusi Pendidikan oleh

Bahagian IX

Pendaftaran Guru

Bab 1

Pendaftaran Guru

Bab 2

Permit Mengajar

Bab 3

Pelbagai

Bahagian X

Jemaah Nazir Sekolah

Bab 1

Jemaah Nazir

Bab 2

Am

Bahagian XI

Kewangan

Bahagian XII

Rayuan

Bahagian XIII

Peraturan-Peraturan

Bahagian XIV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV

Pelbagai

Bahagian XVI

Peralihan dan Pemansuhan

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pelajaran 1961 melalui seksyen 128

Bahagian IX

Bahagian IX Akta ini.

Schedules