Seksyen 48
Penghalangan dan pengalihan
Tiada mana-mana orang boleh menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kereta.
(2)
Mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Majlis, mana-mana pembantu letak kereta atau mana-mana pegawai polis boleh menggunakan apa-apa peralatan
558
[10hb Mei 2012
atau dengan apa-apa cara yang sesuai menahan dari bergerak atau mengalih untuk ditahan apa-apa kenderaan motor, barang atau benda yang—
(a)
menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kereta;
(b)
menggunakan mana-mana tempat atau petak letak kereta bagi maksud menjalankan apa-apa perdagangan atau perniagaan;
(c)
menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana meter letak kereta di tempat atau petak letak kereta;
(d)
menggunakan tempat atau petak letak kereta bagi mempamerkan kenderaan motor untuk jualan;
(e)
menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kereta yang dikhaskan untuk orang kurang upaya;
atau
(f)
menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana pili bomba di tempat atau petak letak kereta.
(3)
Mana-mana kenderaan motor, barang atau benda yang telah ditahan dan dialihkan hendaklah disimpan di depoh atau mana-mana tempat yang ditentukan oleh
Majlis.