Seksyen 50
Pelupusan kenderaan motor, barang atau benda yang tidak mudah rosak
Tuan punya kenderaan motor, barang atau benda yang tidak mudah rosak yang telah dialihkan dan ditahan di bawah subperenggan 48(2), boleh dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pengalihan itu menuntut kenderaan motor, barang atau benda
10hb Mei 2012]
559
itu daripada Majlis setelah membayar kepada Majlis semua bayaran dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Majlis bagi pengalihan dan penahanan itu.
(2)
Jika tiada tuntutan dibuat berhubung pengalihan yang dinyatakan di bawah subperenggan (1), Majlis boleh mengarahkan supaya kenderaan motor, barang atau benda itu dijual atau dilupuskan dengan cara yang difikirkan sesuai oleh Majlis.
(3)
Jika tiada tuntutan terhadap hasil jualan di bawah subperenggan (2) dibuat selepas tamat tempoh tiga bulan dari tarikh penjualan itu, hasil jualan itu hendaklah dikreditkan ke dalam pendapatan Majlis.