Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023 · As enacted
2. Pindaan seksyen 2
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dengan memasukkan selepas takrif “barangan” takrif yang berikut:
‘ “bas persiaran” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan tersebut dalam Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999
[Akta 594] dan dalam Jadual Kedua kepada Akta
Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715];’;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2023
Undang-Undang Malaysia 4
dengan menggantikan takrif “lesen vokasional” dengan takrif yang berikut:
‘ “lesen vokasional” ertinya lesen untuk memandu atau bertindak sebagai konduktor yang diberikan di bawah seksyen 56 dan 57;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pemandu” takrif yang berikut:
‘ “pemandu pelancong” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada ungkapan tersebut dalam Akta Industri Pelancongan 1992
[Akta 482];’; dan
dalam takrif “penumpang”—
dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (b); dan
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(ba) berhubungan dengan orang yang dibawa dengan bas persiaran, tidak termasuk pemandu atau mana-mana pemandu pelancong yang berada dalam bas persiaran itu dalam menjalankan tugasnya; dan”.