Skip to content

Seksyen 8

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 63

of Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023

Amendment ActIn forceProvision 8 of 13
Seksyen 8

seksyen yang berikut:

“Penimbangan kenderaan semasa bergerak 63a.  (1)  Walau apa pun seksyen 63, menjadi sah bagi sesuatu kenderaan motor jika ditimbang dengan menggunakan sistem penimbang semasa bergerak elektronik atau berkomputer yang dipasang pada mana-mana jalan.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), berat yang dipindahkan pada jalan oleh mana-mana bahagian kenderaan motor itu yang bersentuh dengan jalan semasa ia bergerak hendaklah disifatkan sebagai telah ditimbang dengan sempurna di bawah seksyen ini.”.