Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 56 hendaklah terpakai bagi kenderaan barangan, kenderaan pekerja dan bas persiaran yang ditetapkan oleh Menteri, sebagaimana ia terpakai bagi kenderaan perkhidmatan awam.
Bagi maksud subseksyen (1), sebutan dalam seksyen 56
bagi “kenderaan perkhidmatan awam” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan bagi kenderaan barangan, kenderaan pekerja atau bas persiaran dan perkataan “untuk membawa penumpang dengan sewa atau upah” yang terdapat dalam subseksyen 56(1)
tidak diambil kira.
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2) dan subseksyen 56(2), lesen vokasional bagi kenderaan barangan berkenaan dengan motosikal boleh dikeluarkan kepada pemohon yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun dan lebih daripada umur lapan belas tahun.”.
Undang-Undang Malaysia 8