Skip to content

Seksyen 13A

Ketua Pengarah boleh menentukan semula amaun pencen atau faedah lain yang sepatutnya

of Akta Penyelarasan Pencen 1980

ActIn forceProvision 17 of 21
Seksyen 13A
(1)

Jika apa-apa pencen atau faedah lain diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain dan diselaraskan di bawah

Akta ini atau diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini mengikut hal-hal keadaan yang tersebut dalam seksyen 13 dan berikutan dengannya itu Ketua Pengarah menerima apa-apa maklumat sebagaimana yang mencukupi untuk membolehkannya menentukan semula amaun pencen atau faedah lain yang sepatutnya yang kena dibayar, maka dia hendaklah menentukan semula pencen atau faedah itu.

(2)

Jika, setelah dibuat penentuan semula di bawah subseksyen (1), amaun pencen atau faedah lain yang sepatutnya yang kena dibayar adalah didapati —

(a)

kurang daripada amaun yang dibayar di bawah seksyen 13, amaun yang sepatutnya itu hendaklah dibayar sebagai gantinya mulai dari tarikh penentuan semula dan amaun yang terlebih bayar itu hendaklah disifatkan telah terlebih bayar oleh kerana kesilapan fakta tetapi bagaimanapun tidak boleh didapati kembali dari orang yang berkenaan itu; atau

(b)

lebih daripada amaun yang dibayar di bawah seksyen 13, amaun yang sepatutnya itu hendaklah dibayar sebagai gantinya bersama-sama dengan tunggakan, jika ada.

Penyelarasan Pencen 23