Seksyen 3A
Penyelarasan pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana
of Akta Penyelarasan Pencen 1980
Pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang diterima oleh seseorang pegawai di bawah mengikut subseksyen 3(1).
(2)
Amaun pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah subseksyen 3(1)—
(a)
dalam hal pegawai yang bersara sebelum atau pada 1 Januari 2012, ialah amaun pencen, pencen hilang upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang telah diselaraskan pada tarikh itu;
(b)
dalam hal pegawai yang bersara pada atau selepas 2 Januari 2012, ialah amaun pencen, pencen hilang
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 238
upaya, elaun persaraan atau elaun bencana yang diberikan kepada pegawai itu.
(3)
Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2).