Skip to content

Seksyen 3

Penyelarasan pencen dan faedah lain bagi pegawai dan orang tanggungan

of Akta Penyelarasan Pencen 1980

ActIn forceProvision 3 of 21
Seksyen 3
(1)

Pencen dan faedah lain yang diberikan kepada pegawai dan orang tanggungannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis hendaklah diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan sebanyak dua peratus mengikut peruntukan Akta ini dan hendaklah dibayar atau adalah kena dibayar mulai Januari setiap tahun.

Penyelarasan Pencen 11

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika pemakaian kadar kenaikan yang ditetapkan akan mengakibatkan suatu keadaan yang kurang baik bagi seseorang pegawai yang dilantik sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam

Warta menetapkan peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang sesuai untuk dipakai dalam hal sedemikian.

(3)

Bagi maksud suatu perintah di bawah subseksyen (2), Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan—

(a)

peratusan kenaikan yang berlainan bagi kategori penerima yang berlainan;

(b)

bahawa peratusan kenaikan yang lebih tinggi itu hendaklah hanya terpakai bagi sesuatu tahun yang ditetapkan atau mana-mana bahagian daripadanya, dan dalam hal sedemikian, tarikh yang padanya penyelarasan itu hendaklah kena dibayar.