Skip to content

Seksyen 15

Pemulihan pencen

of Akta Penyelarasan Pencen 1980

ActIn forceProvision 19 of 21
Seksyen 15

(1)

Jika, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, seseorang pegawai telah diberikan pencen susutan menurut pilihannya bagi pencen gantian tetap, pegawai itu, setelah tamat tempoh dua belas tahun setengah dari tarikh dia bersara, adalah layak dipulihkan pencennya; dengan syarat bahawa pemulihan itu —

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 238

(a)

tidak boleh dibuat lebih awal daripada l Januari 1973; dan

(b)

tidak boleh terpakai berkenaan dengan sesuatu pencen yang telah dibayar selepas penyelarasan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Jika pencen seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (1) telah dipulihkan selepas tamat tempoh dua belas tahun setengah dari tarikh dia bersara tetapi sebelum mula berkuatkuasanya

Akta ini, pemulihan tersebut hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat dengan sempurna dan sahnya.

Kuasa yang akan dijalankan oleh Ketua Pengarah