Seksyen 17
Anggaran pendapatan dan perbelanjaan
of Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
(1)
Sebelum permulaan bulan
Mac tiap-tiap tahun,
Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri anggaran pendapatan dan perbelanjaan Perbadanan bagi tahun yang berikutnya, dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Perbadanan tentang amaun yang dibenarkan untuk perbelanjaan pada keseluruhannya.
(2)
Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan semua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan di dalamnya.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980