Skip to content

Seksyen 19

Laporan tahunan

of Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979

ActIn forceProvision 19 of 37
Seksyen 19

(1)

Perbadanan hendaklah, tidak lewat dari 30 Jun tiap-tiap tahun, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri satu laporan mengenai aktiviti Perbadanan dalam tahun yang lalu dan mengandungi apa-apa maklumat mengenai perjalanan dan dasar

Perbadanan yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 222

(2)

Menteri hendaklah menyebabkan satu salinan tiap-tiap laporan yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (1) dibentang dalam tiap-tiap satu Majlis Parlimen.