Seksyen 34
Kewajipan menyimpan rahsia
of Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
ActIn forceProvision 34 of 37
Seksyen 34
(1)
Kecuali bagi maksud Akta ini atau maksud sesuatu prosiding jenayah di bawah Akta ini, tidak ada seorang ahli, pegawai, atau pekhidmat Perbadanan atau mana-mana anak perbadanan boleh menzahirkan apa-apa maklumat berkenaan dengan apa-apa urusan seseorang yang telah didapatinya dalam menjalankan tugasnya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Prosiding sivil