Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Act 1979 · Updated to 1 Dec 2015 · Bahagian VII · Peruntukan Pelbagai
36. Kuasa membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportPerbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan–
mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 25
penubuhan anak perbadanan di bawah seksyen 9 dan berkaitan dengan anak perbadanan yang ditubuhkan sedemikian;
menetapkan cara bagaimana dokumen, cek, dan apa jua jenis surat cara patut ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Perbadanan atau mana-mana anak perbadanan;
menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
menetapkan fi untuk dikenakan dan borang untuk digunakan dalam melaksanakan Bahagian V;
berkenaan dengan membuka, menyimpan, menutup, dan mengaudit akaun anak perbadanan; dan
pada amnya untuk menjalankan dengan cara lebih baik peruntukan Akta ini dan fungsi Perbadanan.