Seksyen 32
of Akta Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 1983
Seksyen 32
Tertakluk sebagairnana yang diperuntukkan selepas ini, bila-bila masa sahaja perlu berbuat demikian bagi maksud pemasangan apa-apa sistem pengagihan tenaga di bawah Akta ini, Perbadanan
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
boleh meletakkan, menempatkan atau membawa atas, di bawah atau di atas mana-mana tanah, selain tanah Kerajaan apa-apa talian bekalan, dan boleh mendirikan di dalam atau di atas mana-mana tanah, selain tanah Kerajaan, apa-apa tiang dan kelengkapan lain sebagaimana yang perlu atau patut bagi maksudpepasangan kepunyaan Perbadanan, dan boleh mengambil apa-apa tindakan lain sebagaimana yang perlu untuk menjadikan pepasangan itu selamat dan berjalan lancar, membayar pampasan sepenuhnya kepada semua orang yang berkepentingan atas apa-apa gangguan, kerosakan atau ketidakupayaan yang mungkin disebabkan dengannya itu dan pampasan itu boleh termasuk satu bayaran tahunan untuk tanah yang digunakan bagi maksud mendirikan tiang atau kelengkapan lain itu.
(2)
Sebelum memasuki mana-mana tanah bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1), Perbadanan hendaklah rnemberi notis kepada pemunya atau penduduk tanah itu, menyatakan dengan sepenuh dan setepat yang boleh, jenis dan setakat mana tindakan yang dicadangkan hendak dilakukan dan memberitahu pemunya atau penduduk akan haknya, di bawah peruntukan subseksyen (4), untuk membantah cadangan tindakan yang dimaksudkan itu.
(3)
Notis itu hendaklah disifatkan telah diberi dengan sempurna jika dihantar melalui pos berdaftar atau ditinggalkan di tempat tinggal biasa atau akhir diketahui yang kepadanya notis itu hendak diberikan atau, jika tempat tinggal biasa atau akhir diketahui tidak boleh ditentukan, dengan menampalkan notis itu pada suatu bahagian tanah itu yang mudah kelihatan.
(4)
Pemunya atau penduduk boleh, dalam masa empat belas hari penerimaan notis itu, membuat suatu bantahan terhadap tindakan yang dicadangkan oleh Perbadanan. Bantahan itu hendaklah dibuat kepada Pengarah Tanah dan Ukur, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan Pengarah Tanah dan Ukur hendaklah memberi notis tentang bantahan itu kepada Perbadanan.
(5)
Jika tiada bantahan dibuat dalam masa yang dihadkan bagi maksud itu oleh subseksyen (4), maka Perbadanan boleh dengan serta-merta memasuki tanah itu dan melakukan segala atau mana-mana tindakan yang dinyatakan dalam notis itu.
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 31
(6)
Jika suatu bantahan dibuat dan tidak ditarik balik sebelum tarikh yang ditetapkan untuk pendengarannya itu, maka Pengarah
Tanah dan Ukur hendaklah mengadakan suatu siasatan, dengan memberi kesemua pihak peluang untuk didengar.
(7)
Setelah tamat siasatan itu atau setelah menerima syor tersebut,
Pengarah Tanah dan Ukur boleh, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa terma, syarat dan ketetapan yang difikirkannya patut, membenarkan atau melarang mana-mana tindakan yang disebut dalam notis itu.