Seksyen 42
of Akta Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 1983
Seksyen 42
Mana-mana orang yang dengan sengaja mengusik atau mengubah mana-mana pepasangan kepunyaan Perbadanan atau sebahagian daripadanya hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan bahaya kepada nyawa manusia atau anggota badan atau bencana kepada mana-mana kelengkapan atau harta lain melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh lima tahun dengan atau tanpa denda.
Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 37
(2)
Mana-mana orang yang, dengan apa jua tindakan atau peninggalan yang gopoh atau cuai berkenaan dengan mana-mana pepasangan kepunyaan Perbadanan menyebabkan cedera kepada mana-mana orang atau bencana kepada harta melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh dua tahun dan didenda lima ribu ringgit.
(3)
Mana-mana orang yang dengan curang menarik, mengguna habis atau mengguna apa-apa tenaga, atau dengan curang mengubah indeks mana-mana meter atau instrumen lain yang digunakan pada atau berkaitan dengan mana-mana pepasangan kepunyaan
Perbadanan untuk merekodkan pengeluaran atau penggunaan habis tenaga, atau dengan curang menghalang mana-mana meter atau instrumen itu daripada merekodkan dengan wajar pengeluaran atau penggunaan habis tenaga, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh dua tahun dan didenda lima ribu ringgit.
Beban pembuktian