Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak Act 1983 · Updated to 1 Sep 2012 · Bahagian VII · Pemindahan Pengusahaan, Dsb., Pertubuhan Perbadanan Kepada Perbadanan
46. Pampasan bagi pengusahaan yang dipindahkan
Feedback & supportJika―
apa-apa pengusahaan, pepasangan atau harta lain, yang menjadi pengusahaan, pepasangan, atau harta lain kepunyaan pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan dibawah Ordinan Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 1962 [Ord. 25/62] yang dimansuhkan itu (kemudian daripada ini disebut “pertubuhan perbadanan” dalam
Bahagian ini) dipindahkan kepada Perbadanan; dan
apa-apa stok yang dikeluarkan kepada Setiausaha Kewangan
Negeri yang diperbadankan oleh Ordinan Setiausaha
Kewangan Negeri (Perbadanan) [Sarawak Bab 103], untuk dipegang bagi maksud
Kerajaan
Negeri
Sarawak, dipindahkan kepada
Menteri
Kewangan, yang diperbadankan oleh
Ordinan
Menteri
Kewangan
(Perbadanan) 1957 [Akta 375], untuk dipegang bagi maksud
Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Persekutuan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, membayar berkenaan dengannya itu, apa-apa pampasan kepada Kerajaan Negeri Sarawak, sebagaimana dipersetujui oleh, dan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Bagi maksud subseksyen (1), apa-apa pengusahaan,
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 279
pepasangan atau harta lain hendaklah bererti, termasuk, segala loji, tanah, kerja dan harta lain, harta alih atau harta tak alih, aset, kuasa, hak dan keistimewaan yang dipegang atau dinikmati berkaitan dengan atau berkenaan dengannya.