Skip to content

Seksyen 49

Pertukaran pegawai atau pekhidmat dalam perjawatan pertubuhan perbadanan

of Akta Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 1983

ActIn forceProvision 49 of 54
Seksyen 49
(1)

Tiap-tiap pegawai atau pekhidmat, yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini, telah diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat pertubuhan perbadanan hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya

Akta ini, disifatkan ditukarkan daripada

Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 41

perkhidmatan pertubuhan perbadanan kepada perkhidmatan

Perbadanan, mengikut terma dan syarat perkhidmatan, perkuisit dan emolumen tidak kurang baiknya daripada yang dinikmatinya sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menjejaskan hak Perbadanan untuk menamatkan pekerjaan mana-mana pegawai atau pekhidmat yang ditukarkan ke perkhidmatan

Perbadanan, atau untuk mengubah kadar gaji atau syarat perkhidmatannya, mengikut cara dan setakat mana yang pertubuhan perbadanan dapat lakukan sekiranya dia terus berkhidmat dengan pertubuhan perbadanan itu.