Seksyen 51
Kuasa Menteri memberi arahan
of Akta Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak 1983
ActIn forceProvision 51 of 54
Seksyen 51
(1)
Menteri boleh memberi kepada Perbadanan arahan bersifat am, yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini, mengenai penjalanan dan pelaksanaan oleh Perbadanan akan fungsinya, dan
Perbadanan hendaklah melaksanakan mana-mana arahan yang diberi sedemikian itu.
(2)
Perbadanan hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa maklumat berkenaan dengan harta dan aktivitinya sebagaimana dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 279