Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian IV
24. Pinjaman, biasiswa, wang pendahuluan, dsb
Feedback & supportPerbadanan—
(a)
boleh memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pegawai dan pekerjanya tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan
(b)
boleh memberikan derma kepada mana-mana orang atau kumpulan orang dalam apa-apa amaun dan bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.
24
Undang-Undang Malaysia