Seksyen 23
Pelantikan pegawai dan pekerja
of Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Perbadanan boleh melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekerja yang difikirkan perlu bagi menjalankan urusan dan hal ehwal Perbadanan dan pegawai dan pekerja itu hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa gaji, elaun dan faedah, dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat perkhidmatan yang ditetapkan oleh Perbadanan dengan kelulusan Menteri.
(2)
Seseorang pegawai atau pekerja Perbadanan hendaklah, pada setiap masa, bertindak dengan suci hati dan mematuhi apa-apa kehendak, standard, kewajipan dan tatalaku yang ditentukan oleh
Perbadanan.
Pinjaman, biasiswa, wang pendahuluan, dsb.