Perbadanan Stadium Malaysia 2010 · Updated to 1 Dec 2016 · Bahagian III · Ketua Pegawai Eksekutif, Pegawai dan Pekhidmat
18. Bantuan kewangan kepada pegawai, pekhidmat dan orang lain
Feedback & supportPerbadanan boleh menyediakan—
bayaran faedah persaraan, gratuiti, dan elaun lain yang ditentukan oleh Perbadanan kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, dan pembiayaan atau pinjaman ihsan lainnya, kepada pegawai dan pekhidmat
Perbadanan;
subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud perubatan kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan, dan tanggungan mereka;
kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud pendidikan atau biasiswa kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan atau mana-mana orang lain; dan
derma kepada mana-mana orang, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan.
Perbadanan Stadium Malaysia 21