Skip to content

Seksyen 17

Pengambilan khidmat pegawai dan pekhidmat lain Perbadanan

of Akta Perbadanan Stadium Malaysia Act 2010

ActIn forceProvision 17 of 49
Seksyen 17
(1)

Tertakluk kepada mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (4), Perbadanan boleh mengambil khidmat apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat sebagaimana yang difikirkan wajar dan perlu oleh Perbadanan dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Perbadanan.

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan perkhidmat Perbadanan.

(3)

Tiada seorang pun layak untuk diambil berkhidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Perbadanan jika dia mempunyai, secara

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 717

langsung atau tidak langsung, dengan sendirinya atau menerusi pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Perbadanan.

(4)

Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.

(5)

Perbadanan boleh mengguna pakai dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut, apa-apa peraturan, kaedah, dasar, pekeliling atau arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan

Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah Bahagian ini.

Bantuan kewangan kepada pegawai, pekhidmat dan orang lain